Monday, December 15, 2008

Asean University Games 2008

15/12/2008

Hari ini,genap sebulan aku berada di Kuala Lumpur untuk menjayakan Asean University Games 2008. Bila join Game negara ni,terasa kepenatan lebih dari kepenatan bertugas di Universiti.

Disini,dibilik Sekretariat Aug,aku jumpa ramai member-member baru dari IPTA seluruh malaysia.

Sedar tak sedar,akulah komposer Lagu Asean Universiti Games yang bertajuk "mengapai Bintang ",tapi ramai yang tak tahu sebenarya siapa aku. Seingat aku,semasa majlis pelancaran AUG di Bukit Jalil,aku hanya dapat perhati dari jauh eja menyanyikan lagu ciptaaan tangan aku sendiri,macam tak sangka aku boleh buat sampai macam tu.

Aku mula buat lagu tu dengan gitar kapok je kat ofis,cari melody,hantar pada indra buat arrengement...tup..tup,dah jadi lagu yang complet.

Tapi ini semua atas sokongan Isteri ku yang tersayang.Banyak pengorbanan dia terhadap aku.Anak-anak aku,x terucap segala pengorbanan mereka.

Sekrang ni baru rasa,bila anak-anak tak ada disisi,macam kosong je hidup ni.....