Saturday, June 20, 2009

Pelajaran Rumahtangga...

SUAMI+ISTERI+ANAK2=RUMAHTANGGA..



Setiap manusia ingin berkahwin..berkeluarga,punyai anak2....cuma nak berkongsi pendapat dengan sesiapa yang berkunjung keblog ni..

Mulanya..masa bujang dahulu,gaji RM1700,dah nampak mewah kan?ye lah sebab kita bujang..tapi bila dah sampai ke hari kita sudah berkeluarga....RM1700 sebenarnya cukup.Cukup kalau kita pandai berjimat dan membahagikan mengikut keperluan..

Bukan aper..kesian tengok rakan2 dunia sekarang,terutama goolongan lelaki,nak berkahwin sekarang ni perlukan modal,modal bukanya yang kecik2,klu x ada RM15k dalam tangan...kena fikir banyak2 sebelum buat keputusan..

PELAJARAN RUMAHTANGGA
Hal ini teramat penting dalam berumahtangga,klu kita kurang knowladge pengurusan rumahtangga..memang macam2 masalah yang akan kita tempuh.PENGURUSAN yang aku maksudkan tu meliputi,PENGURUSAN EMOSI,MASA,DUIT,ILMU (ILMU AGAMA)


KEPADA LELAKI


Kalau dulu bujang,anytime jer kita nak keluar dengan member2,kul 12tnghmalam pun kita boleh gi main futsal,tp bila dah kawin,x kan nak kuar lagi time2 mcm tu?bukan x boleh nak main,tp kena pilih waktu yang sesuai la.Tambah bila kita ada anak kecik..lagi la.TAPI hal ni x boleh dijadikan alasan badan naik berkilo-kila sebab tak boleh bersukan,MASA tu ada,tp kenala pilih waktu yang sesuai.Emosi pulak kena kawal,dulu masa bujang,balik kerje penat2 terus bantai tidur..TAPI bila dah kawin n ada anak,boleh buat mcm tu,tp kalau dah penat sangat2,klu x penat sangat, balik tu bukak baju/dengan baju pejabat,bawak anak kuar rumah jalan2,mandikan diorang,sembahyang,makan,bentang tempat tidur,buat susu..dan malam2 kita maybe terjaga dengan tangisan anak2....benda mcm ni kena biasakan diri la.Awal2 kita mmg rasa semcm..lama2 ok la tu..

KERETA..LEBIH BAIK MAKEUP KERETA SEBELUM KAWIN..bila dah kawin n ada anak...bajet utk kereta tinggal utk sevice je..yg lebih2 tu klu ada rezeki lebih la..coba fikir sedalam-dalamnya
ILMU (ILMU AGAMA)

bab ni penting..ada orang yg ada ilmu,tp dia x practice,dia tahu jadi imam...boleh ajar ngaji isteri n anak2,tp dia x buat
VS
Orang yang memang x tahu langsung ilmu agama,dia x buat apa2,buat bodoh je hal2 ni,tp tnggungjawab lain dia penuhi..
=KEDUA-DUA GOLONGAN NI BERLAINAN TETAPI MENGHASILKAN PRODUK YANG SAMA..

DUIT...
Bab ni memang menarik..coz kadang2 orang gaji RM4K, klu x reti nak manage..last2 sekali kena pinjam kat saudara mara (He..he..mcm saya,tp dalam proses belajar)..Duit dulu memang mewah..tp sekarang kena sederhana segala segi..

PEREMPUAN
Klu dah kawin bnyak betul hal2 yang kena patuhi dan ikut...sampaikan ada hadis"MAKA DILAKNAT SEORANG ISTERI ITU OLEH MALAIKAT SEHINGGA KESUBUH KERANA MENOLAK PERMINTAAN PADA MALAM HARI"...banyak lagi hadis yang ada..tetapi orang perempuanlah senang dapat beroleh pahala dari org lelaki...klu sembahyang berjamaah dengan suami,,tup..tup pahala dia dh ada..Suami pulak,kena tngk pada sembahyang dia,betul x bacaaan,khusyuk x..ha..cuba fikir..
Bila dah kawin..ISTERI/MAMA memang orang yang sibuk dan paling penat..urus nak masak,anak2...letih..tp klu dia IKHLAS..niat dia memang nak urus amanah...PAHALA dah berguni-guni dapat..
Paling penting bg ISTERI..jagalah air muka,BAHASA anda bila berbicara dengan suami..klu suami anda marah2..tp isteri tu dapat mengawal kemarahan Suami..lagi berguni pahala yang dia dapat..yang penting...janganlah bnyk menjawab,melawan suami anda...kadang2 kita x sedar..suami pulak ada jenis x tujuk dia terasa..tp dia pendam..pastu mulalah buat hal..tersilap buat tu ini...tp dia sengajakan..ada pulak golongan suami yang jenis terasa sekejap n dia zahirkan..pastu dia ok..
MEMASAK..bab ni penting jugak...air tangan ISTERI tu amatlah penting...untuk anak2 dan suami..masak kena ikut citarasa suami/keluarga,bukan ikut citarasa sendiri..Bila dah terer memasak pulak..kena pandai bajet untuk berapa orang makan..setakat 2 orang makan tp buat lauk mcm kenduri sekampung x betul jugak..last2 sekali x ekonomi jadinya..baik makan kat luar..

Ermm..bnyk lagi yang aku kena belajar..ni baru suku kehidupan..bnyk lagi yang kena belajar...

Friday, June 19, 2009

Dah lama x bukak blog...dah bersawang..

Mintak maaf banyak2,blog ni dah bersawang,bukan ape,mula dgn lupa password,pastu malas nak reset....

Hari ni dapat tahu Unit Budaya & Seni Kreatif nak kena pindah ke Pejabat Pusat Sukan,wahh..habis la Unit Aku,kena bergabung dengan Pusat Sukan,diorang dah la ramai Staf,aku ni ada 3 orang je,tp 3 org ni la yg dok pulun bagi gempak UMP..sampai la hari ni..
Budak2 Teater nak bertanding 25/06 ni,harapan pada diorg memang tinggi..menang OK,x menang pun x pe sebenarya....

Kepada semua SenanDika Group,actually,you all are the Best...kalah menang sudah jadi lumrah kehidupan....Sebenarnya INI ADALAH SEKOLAH KEHIDUPAN...kutiplah semua pengalaman yang ada..suatu hari nanti akan berguna..

Bnayak yang nak ditaip kat sini,tp hari pun dah lewat malam..nak kena tidur..see yaaa

Monday, December 15, 2008

Asean University Games 2008

15/12/2008

Hari ini,genap sebulan aku berada di Kuala Lumpur untuk menjayakan Asean University Games 2008. Bila join Game negara ni,terasa kepenatan lebih dari kepenatan bertugas di Universiti.

Disini,dibilik Sekretariat Aug,aku jumpa ramai member-member baru dari IPTA seluruh malaysia.

Sedar tak sedar,akulah komposer Lagu Asean Universiti Games yang bertajuk "mengapai Bintang ",tapi ramai yang tak tahu sebenarya siapa aku. Seingat aku,semasa majlis pelancaran AUG di Bukit Jalil,aku hanya dapat perhati dari jauh eja menyanyikan lagu ciptaaan tangan aku sendiri,macam tak sangka aku boleh buat sampai macam tu.

Aku mula buat lagu tu dengan gitar kapok je kat ofis,cari melody,hantar pada indra buat arrengement...tup..tup,dah jadi lagu yang complet.

Tapi ini semua atas sokongan Isteri ku yang tersayang.Banyak pengorbanan dia terhadap aku.Anak-anak aku,x terucap segala pengorbanan mereka.

Sekrang ni baru rasa,bila anak-anak tak ada disisi,macam kosong je hidup ni.....